Thursday, 31 January 2013

SALAM PERKENALAN

                          بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah...Pujian ku lahirkan untukmu Ya Allah kerana dapat juga aku wujudkan satu halaman yang ku gelarkan ''TEMAN'',tempat ku meluahkan segala perjalanan hidupku di bumi barakah ini.Semoga kehadiran mu TEMAN dapat aku berkongsi dan menambah segala ilmu yang luas ini untuk aku menjalani liku-liku kehidupan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi serta mencabar akal dan mindaku.Semoga kehadiranmu ini juga dapat lagi menyedarkan diriku dan mendekatkan diriku dengan AL-KHALID.

Segala paparan,suapan dan pelajaran yang baik,jadikan ia teladan,ikutan dan amalan,tapi jika sebaliknya,maka jadikanlah ia sempadan dan musuh ketat yang harus dilawan.Semoga apa yang dipelajari dan apa yang disampaikan melalui TEMANku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Segala yang baik datangnya dari Pencipta dan apa yang buruk semestinya datang dari yang dicipta,tapi pada hakikatnya,kedua-duanya datang dari Pencipta (ALLAH).

Apa yang diperoleh daripada TEMANku ini,jadikan lah ia amalan walaupun ia perkara yang sebesar zarah.Sesungguhnya,Allah amat menyukai amalan yang berpanjangan.

No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN :)!!!
- JANGANLAH PUJIMU BERLEBIHAN, JANGAN PULA KOMENMU MEROSAKKAN -