Tuesday, 5 February 2013

MANFAAT DAN KELEBIHAN KAHWIN MUDA

                         بسم الله الرحمن الرحيم

     Alhamdulillah..Pertama dan selamanya, pujian ku lahirkan buatMu Ya Rabbi kerana masih menetapkan aku dalam dua rahmatMU iaitu rahmat iman dan islam. Kini aku dikurniakan pula nikmat masa lapang untuk aku mencoretkan sedikit pengisian tentang perkara yg mungkin manusia tertarik dengannya. Pada zaman yg dihiasi dgn pembangunan dan kemodenan teknologi yg semakin mencabar akal dan minda setiap umat manusia ini, ramai yg leka dan lalai dek terbawa oleh arus kemodenan dunia. Oleh terlalu mengejar dunia untuk mencari kebahagiaan hidup sama ada dlm segi kewangan mahupun berpasangan. Berpasangan? Adakah Couple? Atau Kahwin?...Kita ketengahkan kahwin. Kahwin ni banyak kategori, Kahwin yg mana? untuk mengikut kesesuaian umur, kita ambil KAHWIN MUDA. Macam menarik kan? Jom kita singkapi.

     Sudah menjadi lumrah kehidupan yg menginginkan untuk hidup berpasangan. Diciptakan manusia dari kalangan lelaki dan perempuan untuk sama-sama melengkapi antara satu sama lain. Hidup berpasangan adalah nikmat yg sebesar-besar nikmat yg diberikan Allah kepada makhluknya.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Yasin, ayat 36.
Mafhumnya : "Maha suci Allah yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya".

Kita dicipta berpasangan


Berkahwin ni adalah satu Sunnah Baginda Rasulullah sebagaimana dalam Hadith :
Maksudnya : "Dari Aisyah Radiallahu-Anha ia berkata : Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi wasallam : Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku." (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah). 

     Kahwin muda sebenarnya tersirat banyak manfaat dan kebaikan. Haruskah ditangguh niat yg murni itu?. Sememangnya memenuhi tuntutan agama pada usia muda itu memberi banyak manfaat terutama untuk menghalalkan hubungan daripada terjebak dengan budaya "couple" yg boleh mengundang maksiat. Dengan restu dan sokongan ibubapa, niat baik akan dipermudahkan walaupon berdepan dengan pelbagai cabaran. Sememangnya, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri. Nak tahu kelebihan dan manfaat kahwin muda? jom selongkari.


7 MANFAAT & KELEBIHAN KAHWIN MUDA


1) Tuntutan Agama.
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

Satu tuntutan Agama

2) Mengelak daripada Zina.
 Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi. 

Mengelakkan daripada Zina


3)Menjadi lebih bertanggungjawab.
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

Menjadikan kita lebih bertanggungjawab



4) Menimbulkan ketenangan jiwa.
Jika bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assigment, ansuran kereta, sewa rumah,  tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina.

Anak dapat menyerikan lagi Mahligai yang dibina



5) Fikiran lebih matang.
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau berfacebook, dan akan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
Fikiran menjadi Matang

6) Membaiki diri.
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

Menjadi lebih romantik dengan pasangan


7) Rezeki bertambah.
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
Rezeki itu ada di mana-mana


     Setiap yg haram antara kaum adam dan hawa akan berubah menjadi halal apabila diikat dengan satu ikatan perkahwinan. Perkahwinan (di waktu muda) boleh mengelakkan diri dari digoda oleh syaitan. Sebagaimana Hadith :
Maksudnya : “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” (HR. Ibnu ‘Addi).

-saat akad nikah, dapat PAHALA!
-suami peluk isteri, dapat PAHALA!
-cium isteri, dapat PAHALA!
-renung isteri, dapat PAHALA!
-suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri, PAHALA!
-suami bernafsu tengok isteri, PAHALA!
-suami pegang isteri , PAHALA!
-suami marah isteri(untuk menegur), PAHALA!
-suami imamkan isteri, BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
-suami ajar isteri fardhu ain, PAHALA!
-suami setubuh isteri, PAHALA!
-main kenyit2 mata dengan isteri,PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOK NYA...


     Mungkin ramai yang berhasrat untuk kahwin muda tapi, namun ia terhalang oleh batasan adat yang memerlukan kos yang tinggi untuk melangsungkan perkahwinan yang disempurnakan dengan adat-adat melayu. Wang hantaran, cenderamata untuk tetamu, dan belanja kenduri memerlukan kos yang bukan sedikit. Jadi, tahanlah nafsu dengan berpuasa yang mana bertepatan dengan Hadith Rasulullah :

Maksudnya : Daripada Abdullah bin Mas'ud berkata :
"Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi S.A.W dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami : "Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandanagan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak  mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


RENUNG - FIKIR - ZIKIR

No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN :)!!!
- JANGANLAH PUJIMU BERLEBIHAN, JANGAN PULA KOMENMU MEROSAKKAN -