بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana masih menetapkan kita di dalam dua rahmatnya iaitu rahmat islam dan iman..walaupun TEMANku sudah lama tidak dicoret dengan madah-madah untuk santapan para pengikut Mencari Sinar tapi percayalah dalam hati pemilik TEMAN ini sangat ingin meluahkan dan berkongsi apa saja ilmu dan pengalaman yang dapat selama masih dapat menghirupkan udara di bumi Allah ini tetapi hanya masa yg menjadi kekangan buat masa sekarang lantaran terlalu sibuk untuk berjuang melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Buat kali ini, walaupun perkongsian hanya tidak seberapa tapi harap bermakna dan bermanfaat untuk semua. Pada zaman yg serba moden ini, kita sering mengungkit dan berputus asa andai doa kita kepada yg Esa tidak dimakbulkan. Kita seharusnya perlu berpegang teguh dengan pendirian kita walaupun permintaan kita ditangguh kerana mungkin tersirat seribu satu hikmah disebaliknya. Bagi saya, muhasabah diri itu penting untuk mengekalkan ketinggian dan kekuatan iman kita. Kita juga perlu dan sgt perlu untuk menjauhkan diri dari prkara-perkara yg menyebabkan pintu taufik dan hidayah kita tertutup.
Nak tahu sebab dan musabab pintu taufik tertutup? jom bersama kita selongkar..:)
6 SEBAB PINTU TAUFIK TERTUTUP
1) Tidak mensyukuri nikmat yg diberikan oleh-Nya.
*cuba kita renungkan..andai kita memberikan sesuatu kpd org lain tapi seseorang itu tidak menghargai pemberian kita malah melakukan perkara yg kita tidak suka, semestinya kita akan berasa marah. Jadi, kalau kita mengharapkan taufik dari Allah, lakukan apa yg disuruh dan jauhkan ape yg ditegah. Insya Allah pintu taufik dariNya terbentang luas.
2) Mencintai Ilmu tapi tidak mengamalkannya.
*Ini satu masalah yg terjadi pada kita, ada ilmu malah mencintai ilmu tapi tidak mengamalkan ilmu yg kita ada. Ini adalah satu kerugian yg teramat besar kerana kita tak menggunakan dan mengamalkan ilmu yg kita ada dengan sebaik mungkin dalam kehidupan seharian kita.
3) Melakukan dosa tapi bertangguh untuk bertaubat.
*Kita sebagai manusia biasa tak lelah dari melakukan dosa, tapi kita haruslah bertaubat walaupun dosa yg kita lakukan sekecil apapun. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Jangan kita cuba tangguh untu bertaubat walaupun sebentar. Sesegeralah beristigfar.
4) Bersahabat dengan org soleh tapi tidak mahu meniru perbuatannya.
*Berkawan biarlah dengan orang yang baik dan soleh kerana kawan boleh membawa kita ke syurga. Apabila kita berkawan dgn org baik dan soleh tu, pandai-pandai la cuba islahkan diri kita untuk buat anjakan paradigma. Jangan hanya sekadar berkawan tapi kebaikan yg dilakukan oleh kawan tidak diikuti. Tidak rugi kalau kita ikut benda-benda yg baik.
5) Tahu kerendahan dunia tapi tetap mengejarnya.
*Dunia hanyalah persinggahan sebentar sebelum kita melangkah ke kehidupan yg sebenar kehidupan yakni di akhirat. Jangan seskali kita mementingkan dunia melebihi akhirat. Perbanyakkan amalan kita untuk bekalan di akhirat nanti. Insya Allah.
6) Merpercayai adanya akhirat tapi meremehkannya.
*Akhirat adalah kehidupan kita yg sebenarnya. Jangan sesekali kita menganggap alam akhirat hanyalah perkara kecil. Malah, bersedia dari sekarang untuk melakukan amal kebaikan.
Dah tahu sebab dan musabab dia, jadi marilah sama-sama kita untuk perbaiki setiap kekurangan yg ada pada diri kita untuk jadi yg lebih baik dan bermanfaat kepada org lain. Semoga kita menjadi org seperti yg dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. "Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain".
Dah tahu sebab dan musabab dia, jadi marilah sama-sama kita untuk perbaiki setiap kekurangan yg ada pada diri kita untuk jadi yg lebih baik dan bermanfaat kepada org lain. Semoga kita menjadi org seperti yg dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. "Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain".
![]() |
Manusia yg bermanfaat kpd org lain adalah sebaik-baik manusia. |
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN :)!!!
- JANGANLAH PUJIMU BERLEBIHAN, JANGAN PULA KOMENMU MEROSAKKAN -