بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah...Syukur ku panjatkan padaMu Ya Allah kerana masih menetapkan aku dalam dua rahmat yang terpenting iaitu rahmat iman dan islam. Setelah dua bulan lebih menghabiskan cuti semester di rumah, masih banyak masa yg aku tidak memanifestasikan dengan sempurna tapi berbaloi dari tidak berbuat apa dan hanya membuang masa dengan perkara yg sia-sia. Disaat masa cuti hampir pergi, hati semakin teruja dan terus teruja bercampur rasa takut. "Kursus Pembantu Pelajar", Medan untuk aku melepaskan rindu setelah berbulan-bulan merindu, rindu suara sahabat-sahabat seperjuanganku, gelak tawa mereka, cerita-cerita bahagia mereka dan perkembangan terbaru mereka. Saat hari berganti hari, tibalah saat yang dinanti-nanti. Jam 8.30 malam tanggal 19 Mei 2013 (Ahad), aku menjejakkan kaki di Bumi Tarbiyah Nilam Puri buat kesekian kali. Sahabat-sahabat pimpinan MPP/JTK telah pun tiba awal dari aku. Ada sesetengah yg masih dlm perjalanan.
20 Mei 2013 bermulalah Kursus Pembantu Pelajar bg Minggu Haluan Siswa APIUM NP 2013, setiap slot dimanfaatkan dgn taklimat dan tunjuk ajar yg begitu jelas untuk bekalan MHS nanti. Dengan terlantiknya sebagai pemimpin, cuma satu yg terlintas di fikiran iaitu ingin menjadi insan yg bermanfaat kpd org lain. Sesuai dgn sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni).
KURSUS PEMBANTU PELAJAR
 |
Slot pembentangan bersama Encik K Puniamurthy |
 |
Kusyuk mendengar taklimat |
 |
Perbincangan dalam Kumpulan |
 |
Riadhah (Latihan slot JRobik) |
 |
Belajar sesuatu yang baru |
 |
Slot bersama Prof Shukri |
 |
Kuliah Subuh bersama Ustaz Saufillah |
 |
Penerangan program MHS bersama Penyelaras Asasi (Dr.Najib) |
 |
Fokus sangat perlu |
 |
Bilik Mesyuarat APIUM NP |
 |
Taklimat dan perasmian oleh Timbalan Pengarah APIUM |
MINGGU HALUAN SISWA 2013
 |
Barisan Pembantu Pelajar (MPP/JTK) |
PP Ikhwah
 |
Syazmee, Afnan, Luqman, Harith, Zahid, Amir, Azlan, Fansuri, Farid, Faiz, Hadi, Syazwan, Ihsan, Mujahid |
PP Akhowat
 |
Afiqah, Najah, Aifa, Farhanah, Liyana, Iman, Rahmah, Hajar, Rabiah, Madihah, Nadiah, Izzati, Nadhirah, Aqilah , Aimi |
Hari pertama merupakan hari yang tiada masa untuk merehatkan diri tapi rasa letih mengunjung kerana teruja dengan junior-junior baru yg tiba dari setiap negeri. Rasa letih terselindung di sebalik senyuman. Jam 8 pagi setelah sarapan, masing-masing terus mengambil tempat untuk menjalankan tugas sebagai Pembantu Pelajar seperti yg ditetapkan.
 |
Kakitangan Pejabat menyusun berkas-berkas untuk borang pendaftaran |
 |
Presiden JTK beramah mesra dengan pelajar baru |
 |
PP menyambut kedatangan Ibubapa |
 |
PP Beramah mesra dengan Ibubapa pelajar baru |
 |
Menyambut kedatangan Pelajar |
 |
Menunggu kaunter pendaftaran dibuka |
 |
Ruang menunggu untuk pendaftaran |
 |
Sebelum kaunter pendaftaran dibuka |
 |
Pelajar pertama yang mendaftar |
 |
Pensyarah APIUM NP turut beramah mesra |
 |
Menunggu untuk memberi Cenderahati |
 |
Taklimat Ibubapa Pelajar baru |
 |
Penyelaras Asasi Doktor Ahmad Najib |
 |
Pertandingan reka cipta anjuran Gerakan Pengguna Siswa APIUM |
 |
Antara Barangan reka cipta yg bertemakan "Kemajuan Negara" |
 |
Pengerusi Malam Pengenalan PP |
 |
JRobik setiap pagi |
 |
Barisan Pembantu Pelajar |
 |
Sekitar taklimat berlangsung |
 |
Penerangan syarat-syarat permainan Explorace Kepenggunaan |
 |
Wakil GPS memberi penerangan |
 |
Barang Amanah (Explorace kepenggunaan) |
 |
Explorace bermula!!! |
 |
Ketua Kumpulan |
 |
Sebelum Explorace bermula, Setiap sudut perlu diutamakan |
 |
Antara tugasan di Checkpoint |
 |
Bersemangat melaksanakan tugasan walau keletihan |
 |
Program pertama anjuran GPS APIUM |
 |
Ahli Kumpulan sibuk membuat reka cipta |
 |
Persiapan sebelum Pembentangan barang reka cipta |
 |
Barisan Juri Pembentangan Reka Cipta |
 |
Persembahan Boria |
 |
Tulang Belakang yang menjayakan Explorace & Pembentangan Reka Cipta |
 |
Pembentangan Reka Cipta |
 |
Persembahan Sketsa |
 |
Persembahan Pembantu Pelajar |
 |
Persembahan Dikir Barat |
 |
Sekitar ice-breaking |
 |
Menunggu untuk dibahagikan Kumpulan |
 |
Pelajar HABIBAT nampak exited |
 |
Sekitar malam pengenaalan PP
Selama 5 hari bersama adik-adik bagaikan sudah lama mengenali antara satu sama lain walaupun pertama kali bersua muka. Ini membuktikan betapa indahnya satu ikatan persaudaraan. Lebih indah jika ianya diikat dengan cinta, kasih sayang dan pengorbanan. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud : "Perumpamaan orang-orang Mukmin di sudut kemesraan, tolong-menolong dan saling berbelas kasihan sesama mereka seperti satu jasad. Apabila satu anggota mengaduh kesakitan, maka seluruh jasad akan turut merasai dengan berjaga malam (tidak dapat tidur) dan berasa panas (demam)". (HR Ahmad)
Subhanallah, begitu manisnya persaudaraan dalam islam. Minggu Haluan Siswa ini memberi pencerahan kepadaku untuk menjalinkan silaturrahim. Semoga perkenalan selama lima hari ini berkekalan hingga ke syurga. Amin..
 |
Ikhlas dari Majlis Perwakilan Pelajar APIUM NP 13/14 |
|
kenangan yang tidak mungkin dilupakan :)
ReplyDeletehuhuhu...sentiasa segar dalam ingatan..walau letih tapi tetap happy..:)
Delete