Sunday, 4 August 2013

SYAWAL DIRAI RAMADHAN DITANGISI

 بسم الله الرحمن الرحيم        
Alhamdulillah...rasa syukur dizahirkan kepada Al-Khalid kerana masih menetapkan dua nikmat keatas diri ini. Nikmat yang paling besar iaitu nikmat islam dan nikmat iman. Islam adalah agama yang diredhai Allah dan agama yang syumul.
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ; 3 : 
"Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatKu kepadamu, dan aku telah redha Islam itu menjadi agamamu".

 Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk mengabdikan diri dalam horizon ibadah yang paling mulia iaitu Ramdhan Kareem. Ramadhan hanya tinggal 3 hari lagi, adakah kita sibuk mengejar malam lailatul qadar atau sibuk berlari ke pasar-pasar untuk hari raya nanti? Adakah kita bersedih Ramadhan akan pergi atau bergembira Syawal datang lagi? Sama-sama kita pejam mata dan fikir sejenak. Sesungguhnya para ulama' akan menangis disepanjang 10 malam terakhir kerana ini menunjukkan bahawa Bulan yang diberkati ini akan pergi. Adakah kita masih lagi sempat bernafas di Ramadhan tahun akan datang? Sama-sama kita muhasabah diri. Semoga kita dapat mengejar malam Lailatul Qadar yang mana malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Amin

Tiba saja Bulan Syawal, Hari Raya yang bermain di minda. Peraga baju baru, hidang beraneka menu, bermaafan dengan ayah ibu dan berbagai lagi yang penting semua serba baru. Rasulullah sendiri apabila pagi syawal, baginda akan memakai baju baru dan bersih. Itu merupakan sunnah. Alhamdulillah sampai sekarang kita dapat kekalkan sunnah itu. Selain itu, banyak lagi amalan-amalan sunnah yang diamalkan ketika pagi syawal. Nak tahu? jom baca.

AMALAN-AMALAN SUNAT DI AIDILFITRI

-Bertakbir
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ; 185 :
"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur".

-Lafaz ucapan Selamat pada hari raya aidilfitri.
Sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya :
"Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain 'taqabbalullah minna waminka' (semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu)".

-Mandi di Pagi Raya.

-Makan sebelum solat aidilfitri.

-Memakai pakaian yang indah.

-Mengerjakan solat sunat aidilfitri.

-Bergembira di hari raya.

Agak-agak kita dapat buat tak amalan sunat itu? InsyaAllah boleh. Kita cuba perlahan-lahan. Walau tak dapat buat semua, buat apa yang terdaya tapi INGAT!!!. Puasa Enam jangan dibiarkan berlalu.
Sabda Rasulullah :
"Barangsiapa yang telah berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan 6 hari dari Syawal (berpuasa), seolah-olah dia telah berpuasa setahun". (HR Muslim).

Subhanallah, betapa beruntungnya kita. Semoga kita semua dapat meneruskan berpuasa 6 di bulan Syawal. Ini Promosi hebat dari Allah, segalanya bergantung kepada kita. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Untuk mengakhiri coretan ringkas edisi Hari Raya, Saya MUHAMMAD AFNAN ASYRAF BIN SHAMSUDIN ingin memohon kemaafan andai terdapat kekurangan dan kekasaran dalam coretan-coretan di laman ini. Untuk semua pembaca blog ini, teruskan membaca dan memberi komen serta saranan yang membina agar dapat beraksi dengan lebih baik untuk akan datang. Untuk semua yang dikenali dan mengenali diri ini, segunung kemaafan saya hulurkan. Semoga kita semua dapat menyambut hari kemenangan disisi insan yang tersayang.

-INGATAN TULUS IKHLAS DARI AFNAN SEKELUARGA.


-Syawal dirai Ukhuwwah terjalin pasti-



Sunday, 7 July 2013

MUBARAK ALAIKUM AS-SHAHRU

                   بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah... Syukur ku persembahkan dengan penuh kehambaan kepada Penciptaku yang Maha Esa kerana masih lagi memberi peluang untuk aku mencoretkan perkongsian yang sedikit ini. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, musim berganti musim. Ya Allah, sungguh singkat waktu saat ini sehingga pejam celik pejam celik sudah sampai di Bulan Syaaban. Ini bermakna Ramadhan Kareem akan tiba. Diri ini sangat menanti-nanti kehadhiran bulan yang suci ini.

Doa Bulan Rejab


Tibanya Bulan Ramadhan maka secara automatiknya diri kita dalam horizon ibadah. Persediaan diri harus kuat untuk beristiqamah dalam beribadah di bulan yang penuh berkat ini. Sesungguhnya terdapat banyak faedah dan kelebihan bagi umat islam yang menjunjung segala perintah Al-Khalid dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendapat kelebihan dan fadhilat di bulan Ramadhan.



FADHILAT DAN KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN




Pintu Langit dibuka.

Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan" (HR Bukhari dan Muslim)

Pintu-pintu syurga dibuka.

Sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru : Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan." (HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a).


Dalam menjalani kehidupan di bulan yang penuh kemuliaan ini, Kita jangan pernah lekang untuk berdoa kerana Insya Allah akan dimakbulkan. Berdoalah dengan penuh keikhlasan dan kehambaan.


DOA AMALAN DI BULAN RAMADHAN

 أشهد أن لا اله الا الله أستغفر الله نسءلك الجنّة ونعوذبك من النار
"ِAku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku mohon ampun pada Allaah. Kami mohon kepadaMu akan syurga dan kami mohon perlindungan dari neraka."
*Amalkan setiap hari selepas solat.

Dengar saja Ramadhan. semestinya puasa bermain di fikiran. Kita sebagai hamba telah ditetapkan untuk berpuasa. Persoalannya, adakah puasa kita sempurna? sama-sama kita muhasabah diri.

PUASA YANG SEMPURNA :
-Bersahur
-Segera Berbuka
-Dalam Kesucian
-Membaca Al-Quran
-Pelihara Lidah, Mata dan Telinga
-Puasa sebagai penenang diri
-Ketaqwaan berterusan
-Makan Makanan Yang Halal
-Kemurahan hati
-Berdoa ketika Berpuasa dan Berbuka


Bulan suci yang bakal mengunjung akan lebih indah jika kita manfaatkan dengan amalan-amalan mulia. Alangkah bertuahnya jika kita dapat meningkatkan tahap ibadah kita di bulan Ramadhan yang diberkati ini. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Nak tahu amalan-amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan? Teruskan membaca...:)

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN

-Solat Terawih.
-Solat-solat sunat yang lain.
-Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
-Memberi hidangan berbuka puasa.
-Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
-Banyakkan beristighfar dan bertaubat memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
-Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
-Banyakkan bersabar kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.

Semoga sedikit perkongsian di atas dapat memberi motivasi untuk memenifestasikan Ramadhan pada tahun ini. Untuk kesempatan ini, terimalah sajak yang dicipta khas untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Walaupun tak sehebat A. Samad Said tapi berbaloi untuk difahami dan memberi semangat baru untuk menjejakkan diri ke horizon ibadah.


SAJAK RAMADHAN KAREEM

Ramadhan...
Hadirmu penuh sinaran
Pergimu diiringi tangisan
Keberkatanmu tiada tandingan
Hari-harimu menggmit ketenangan.

Ramadhan...
Permulaanmu merupakan kerahmatan
Pertengahanmu saksi pengampunan
Akhirmu menjanjikan pelepasan
Pelepasan dari segala seksaan.

Ramadhan...
Jika umurku masih panjang
Kesempurnaan ibadah daku harapkan
Agar diri dalam kerahmatan
Untuk bekalan meniti kehidupan.

Semoga kita semua dapat mengejar Malam Lailatul Qadar yang mana lebih baik dari seribu bulan. Allahu Akbar!!!.

Sebelum mengakhiri coretan edisi Ramadhan, tak lupa buat Keluarga Majmuah 6 yang berjaya mempersembahkan Masrahiyah (Pementasan) sempena Ramadhan dengan jayanya. Sepenjang diri ini dilantik menjadi Pengarah Masrahiyah tiga semester berturut-turut. Masrahiyah kali ini paling terbaik dan memuaskan hati. Terima kasih diatas kerjasama. Segaris Penghargaan juga ditujukan untuk pengarah bersama (IHSAN AHMAD & SYAFIKA RAZAK).

Nak tengok video Masrahiyah kitorang??? Boleh je..kat Youtube ada...Cari je APIUM NILAM PURI RAMADHAN AL-MUBARAK...Confirm ada..:)  http://www.youtube.com/watch?v=jh-jKF-Msb8


"مبارك عليكم الشهر"
-Living the month, Increasing the Iman-




Thursday, 6 June 2013

MINGGU HALUAN SISWA 2013


                            بسم الله الرحمن الرحيم

     Alhamdulillah...Syukur ku panjatkan padaMu Ya Allah kerana masih menetapkan aku dalam dua rahmat yang terpenting iaitu  rahmat iman dan islam. Setelah dua bulan lebih menghabiskan cuti semester di rumah, masih banyak masa yg aku tidak memanifestasikan dengan sempurna tapi berbaloi dari tidak berbuat apa dan hanya membuang masa dengan perkara yg sia-sia. Disaat masa cuti hampir pergi, hati semakin teruja dan terus teruja bercampur rasa takut. "Kursus Pembantu Pelajar", Medan untuk aku melepaskan rindu setelah berbulan-bulan merindu, rindu suara sahabat-sahabat seperjuanganku, gelak tawa mereka, cerita-cerita bahagia mereka dan perkembangan terbaru mereka. Saat hari berganti hari, tibalah saat yang dinanti-nanti. Jam 8.30 malam tanggal 19 Mei 2013 (Ahad), aku menjejakkan kaki di Bumi Tarbiyah Nilam Puri buat kesekian kali. Sahabat-sahabat pimpinan MPP/JTK telah pun tiba awal dari aku. Ada sesetengah yg masih dlm perjalanan.

     20 Mei 2013 bermulalah Kursus Pembantu Pelajar bg Minggu Haluan Siswa APIUM NP 2013, setiap slot dimanfaatkan dgn taklimat dan tunjuk ajar yg begitu jelas untuk bekalan MHS nanti. Dengan terlantiknya sebagai pemimpin, cuma satu yg terlintas di fikiran iaitu ingin menjadi insan yg bermanfaat kpd org lain. Sesuai dgn sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni).


KURSUS PEMBANTU PELAJAR

Slot pembentangan bersama Encik K Puniamurthy

Kusyuk mendengar taklimat

Perbincangan dalam Kumpulan

Riadhah (Latihan slot JRobik)

Belajar sesuatu yang baru

Slot bersama Prof Shukri

Kuliah Subuh bersama Ustaz Saufillah

Penerangan program MHS bersama Penyelaras Asasi (Dr.Najib)

Fokus sangat perlu

Bilik Mesyuarat APIUM NP

Taklimat dan perasmian oleh Timbalan Pengarah APIUM



MINGGU HALUAN SISWA 2013


Barisan Pembantu Pelajar (MPP/JTK)

PP Ikhwah
Syazmee, Afnan, Luqman, Harith, Zahid, Amir, Azlan, Fansuri, Farid, Faiz, Hadi, Syazwan, Ihsan, Mujahid



 PP Akhowat
Afiqah, Najah, Aifa, Farhanah, Liyana, Iman, Rahmah, Hajar,  Rabiah, Madihah, Nadiah, Izzati, Nadhirah, Aqilah , Aimi
   
  Hari pertama merupakan hari yang tiada masa untuk merehatkan diri tapi rasa letih mengunjung kerana teruja dengan junior-junior baru yg tiba dari setiap negeri. Rasa letih terselindung di sebalik senyuman. Jam 8 pagi setelah sarapan, masing-masing terus mengambil tempat untuk menjalankan tugas sebagai Pembantu Pelajar seperti yg ditetapkan.



Kakitangan Pejabat menyusun berkas-berkas untuk borang pendaftaran

Presiden JTK beramah mesra dengan pelajar baru

PP menyambut kedatangan Ibubapa

PP Beramah mesra dengan Ibubapa pelajar baru

Menyambut kedatangan Pelajar

Menunggu kaunter pendaftaran dibuka

Ruang menunggu untuk pendaftaran

Sebelum kaunter pendaftaran dibuka

Pelajar pertama yang mendaftar

Pensyarah APIUM NP turut beramah mesra

Menunggu untuk memberi Cenderahati

Taklimat Ibubapa Pelajar baru

Penyelaras Asasi Doktor Ahmad Najib


Pertandingan reka cipta anjuran Gerakan Pengguna Siswa APIUM

Antara Barangan reka cipta yg bertemakan "Kemajuan Negara"

Pengerusi Malam Pengenalan PP
JRobik setiap pagi



Barisan Pembantu Pelajar

Sekitar taklimat berlangsung

Penerangan syarat-syarat permainan Explorace Kepenggunaan

Wakil GPS memberi penerangan

Barang Amanah (Explorace kepenggunaan)

Explorace bermula!!!

Ketua Kumpulan

Sebelum Explorace bermula, Setiap sudut perlu diutamakan 
Antara tugasan di Checkpoint

Bersemangat melaksanakan tugasan walau keletihan

Program pertama anjuran GPS APIUM

Ahli Kumpulan sibuk membuat reka cipta


Persiapan sebelum Pembentangan barang reka cipta


Barisan Juri Pembentangan Reka Cipta 
Persembahan Boria

Tulang Belakang yang menjayakan Explorace & Pembentangan Reka Cipta

Pembentangan Reka Cipta

Persembahan Sketsa

Persembahan Pembantu Pelajar

Persembahan Dikir Barat

Sekitar ice-breaking

Menunggu untuk dibahagikan Kumpulan

Pelajar HABIBAT nampak exited

Sekitar malam pengenaalan PP

Selama 5 hari bersama adik-adik bagaikan sudah lama mengenali antara satu sama lain walaupun pertama kali bersua muka. Ini membuktikan betapa indahnya satu ikatan persaudaraan. Lebih indah jika ianya diikat dengan cinta, kasih sayang dan pengorbanan. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :
"Perumpamaan orang-orang Mukmin di sudut kemesraan, tolong-menolong dan saling berbelas kasihan sesama mereka seperti satu jasad. Apabila satu anggota mengaduh kesakitan, maka seluruh jasad akan turut merasai dengan berjaga malam (tidak dapat tidur) dan berasa panas (demam)". (HR Ahmad)

Subhanallah, begitu manisnya persaudaraan dalam islam. Minggu Haluan Siswa ini memberi pencerahan kepadaku untuk menjalinkan silaturrahim. Semoga perkenalan selama lima hari ini berkekalan hingga ke syurga. Amin..


Ikhlas dari Majlis Perwakilan Pelajar APIUM NP 13/14